Showing posts with label dalila. Show all posts
Showing posts with label dalila. Show all posts

SpECTra 3 Ku

Pas balik shopping, Abah bawa g makan kat town..sempat tengok bangunan PENANG TIME SQUARE..rasenyer tak buka lagi..kat sini la dulu2 katenyer nak wat monorail...tp tu time kerajaan Koh Su Khun la..yg baru ni...Ibu tak tau lak plannya.
Petangnya Ibu dah berjanji dengan Kak Angie..tokey kedai My baby pit shop nak pergi jumpa dia, nak beli breastpump. Abah pun sokong Ibu nak kasi Dalila full breastfeed walaupun dah kerja nanti.. Jadi langkah pertama adalah..memiliki set breastpump yg bersesuaian. Ibu pilih spectra3 sbb Ibu selalu baca blog kawan2..diaorg banyak pakai spectra3. Kak Angie ni baik dan ramah orangnya...dia beri penerangan pd Ibu bagaimana nak guna/jaga breastpump tu...lagi pun Kak Angie sendiri pun sokong dan masih breastfeeding lagi walaupun anak dia dah 1 tahun lebih.

antara pekakas2 nya

Demi untuk anakku

Aku beli set spectra3 extravaganza package..tp bag bag dah abis..tgh bulan ni baru sampai..sbb tu xde bag pack tu dalam gambar..yg kat hitam tu cooler bag.

p/s: semoga anak ibu ni sihat dan ceria selalu dengan minum susu ibu.

BaBY cARRieR ~ so sWeeT

Masa baby fair kat Jusco bulan Feb lepas, Ibu dgn Abah ada g belek2 barang2 yg tgh offer time tu..tgk punya tgk..terstop kat baby carrier...cam best je..ada dua jenis je yg tgh offer iaitu sweet chery (RM90) dgn baby kiko (RM 36). Dua2 brand kami test..siap pakai dgn letak Dalila lagi dlm tu..tp tak beli pun pastu..ajak abah tgk2 kat kedai lain dulu nnt..mana tau..lagi bagus dari kat Jusco ker..


Ibu rasa ibu nak baby carrier ni sbb kadang2 Dalila nak didukung, mungkin dah puas dok kat dlm stroller, dia nak tgk2 sekeliling pulak..sian gak kat dia..g jejalan dok dlm stroller jer..kalo nak tido tak pe la kan...lagi satu dia dah dekat 8 kg ni...lenguh tangan beb nak dukung lama2..nak tgk2 barang pun sebelah tgn je free...


Dah puas kuar masuk kedai, tgk harga dgn kualiti...Abah cakap beli kat Jusco yg Sweet Chery nyer tu. Ibu tgh mcm Dalila selesa jer dok dlm tu, byk span2..lembut jer kat dlm tu.
sorry 2 foto paling bawah,..visual kurang memuaskan...guna phone ibu nyer kamera jer..



Ini lah pilihan ku...


Dalila sedang menguap dlm baby carrier baru dia tu



Abah..Dalila @ Queensbay Mall

CaR sEAT

Dah beberapa minggu Ibu dgn Abah dok survey car seat utk Dalila ni. Kelmarin (28-Feb) dah g tgk2 kat kedai2 dlm Gurney plaza dgn Pakson, semuanya kire tahap "dasyat"nyer harga. Kedai Mothercare yg wat sale tu pun rase mcm tak sale jer harganya.

Pagi tadi, pas mkn tgh hari awal kat umah, g survey lagi kat kedai Anakku, tak berkenan jgk..last2 g kedai Baby Farlim kat SG.2 area USM tu.. Berkenan..terus beli..

Okey Dalila...posing siket nak!!!
Dah duduk selesa2, mesti ketatkan kat sini..



Cantikkan car seat saya ni...Abah yg beli tau...TQ Abah..


p/s : Tokey kedai tu kata leh pakai sampai anak umur 4 tahun...betul ka?..

DaH 5 bULan

Ibu baru balik g bawa Dalila injection td. Dah 7.5kg hari ni. Nangis kejap je, kuar bilik nurse tu, terus diam. Dalam jam 11.30 pg ibu kasi ubat paracetamol. Kali ni 4.6ml pulak, kata abah kuantiti ubat ikut berat bayi. Ye lah..aritu ibu pun ada terpandang formula untuk kira kuantiti ubat yg perlu untuk seseorang bayi (time tengah wat checkup Dalila kat dalam bilik nurse). Nurse tulis kat white board. Tak ingat lak ibu nak salin pastu..skrg terus lupa...hehehe..diriku smakin jd pelupa sekarang...aduyaiii..
Seperti biasa, dalila akan

sekadar hiasan (gambar Dalila masa umur 5 hari)

Bila makan ni...

p/s: ibu harap anak ibu tak demam kali ni. Bukan ibu nak bagi Dalila sakit tau...tp semua baby perlu injection tu, nak bagi sihat. Anak ibu kuat yer sayang...

KawAN LamA vs KawAN BarU

Ibu perhatikan Dalila sejak masuk 4 bulan ni macam tak se'excitet' dulu lagi kalo jumpa Patrick. Dia tak ketawa terkekek-kekek dah. Dia cuma nak gigit2 jer kalau ibu kasi pegang Patrick tu. Sekarang Dalila dah ada kawan baru/mainan baru. Sure 'asyik'nyer pandang benda ni...huhuhu..

antara 2 benda ni...Dalila pilih ni...


Dia pegang2..



Dia belek2...

Boleh tak nak gigit benda ni pulak ibu.....

Cam ni la dia sekarang..nak gigit2 jer.. ibu dah beli dah yg benda gigit tu, dia suka benda tu, time ni ibu sejukkan kat peti.

MaRi MenAbuNG

Hari ni abah tak kerja. Pas makan tengah hari tadi kami ke Tabung Haji nak buka akaun utk Dalila. Duit raya dia tahun ni + duit org bagi masa kenduri akikah dia ada sedikit. Baik simpan kat bank kan...tadi ibu masukkan duit tu sikit kat Tabung Haji. Untuk pengetahuan semua, nak buka akaun anak kena bawa sijil lahir bersama dan kalau deposit RM50 kita akan dapat 'tabung'nya sekali.
Bulan lepas ibu dah buka akaun Nuri kat Bank Rakyat. Ibu dulu-dulu dok simpan wang kat tabung Nuri je. Best...tiap2 kali pergi simpan..mesti dapat hadiah. Dalila ari tu kena deposit RM150 baru dapat 'tabung'nya. Tak perlu bawa sijil lahir, cukup dengan MY KID saja. Yang bezanya tabung sekarang ni boleh buka kat rumah, kalo masa ibu dulu, buka kat bank jer.


Baki duit yang ada lagi ni mgkin ibu nak buka akaun lagi satu, tapi tak fikir lagi nak buka bank mana.



Ini lah tabung Dalila ada sekarang :)

RisAU BilA dALilah KeNa INjeCTioN

Anak ibu 25hb Feb ni dah masuk 5 bulan. Ada injection lagi bila usia 5 bulan. Ibu risau sbb tiap2 kali injection (masa usia 2 bulan dan 3 bulan) Dalila demam. Menangis kuat dan lama jgk menagis tu. bila nak kasi susu dia senyap sekejap je, hisap sikit je pastu menangis lagi.
Masa usia 2 bulan aritu, pas kena inject, balik rumah terus bagi ubat, dia tidur sampai 1.30ptg, pastu bangun terus menangis sampai 4 ptg. Abah kerja. Dah diam tu baru dia mahu minum susu. Ibu still bagi ubat ikut jam lagi. Dia susah nak telan ubat tu, dia kemam lama2, pastu luah, kadang2 kena picit kedua2 pipi dia baru nak telan (kire dasyat nyer cara paksa ni), sampai jam 8 pagi rasa dia dah sembuh dah sebab tak panas dah. Pastu baru ibu berkemas nak ke kenduri keluarga angkat kat Setiawan tu.
Masa injection utk 3 bulan pula, pada 24hb Dis, bersamaan anniversary perkahwinan ke-2 ibu dan abah. Dia deman lagi, still susah lagi nak bagi dia telan ubat tu. Tgh malam suhu panas sangat2, (pas dah buat semua jelum2 kepala+lap badan ketiak dan tampal pelekat kat kepala tu..) ibu ajak abah bawa Dalila ke klinik. Tapi esok Krismas ada ker klinik yang buka tgh2 malam ni. Meronda juga cari klinik mlm tu. Mujur ada. Esok ptg baru baik demam dia ni. Ibu rasa kalau dia mau telan ubat, mungkin dia tak demam. Aduhai anak ibu.....

Dalila @ buLanAN





Kena ruam pulak

Alkisahnya bermula bulan lepas...lebih kurang 26hb Januari. Lepas mandi ibu selalu lapkan badan Dalila, pelipat-pelipat Dalila, kat peha, tangan dan leher. Dah kering semua, ibu letak bedak berubat Pureen. Tapi pagi tu ibu tengok ada bintik-bintik warna merah kat pelipat leher Dalila yang paling dalam+paling sukar nak lap. Alamak...ada ruam kat leher dia. Dalila selalunya meragam kalau ibu..dok telek-telek leher dia lama-lama..nangis la dia pastu. Dia tak selesa agaknya ibu dok angkat dagu dia ke atas.

Abah balik kerja, ibu pun bagi tau kat abah pasal ruam tu. Abah kata ..letak bedak Pureen tu lagi. Untill 1 week ruam tu tak hilang-hilang.. ibu ajak abah ke klinik, ambik ubat ruam untuk Dalila. Abah cakap kawan opis dia kata jumpa dgn Dr. perempuan melayu kat Hospital Pantai. Ibu ikut saja..lagi pun hospital tu betul2 depan rumah ibu. Abah risau kalau Dr lelaki yang periksa Dalila...risau Dr buat kasar-kasar kat anak ibu ni.

Dr tu cakap ini ruam biasa saja..tak perku bimbang apa2. Dia bagi ubat sabun dan krim. Dr pesan bagi ubat tu betul-betul kering. Jadi Dalila kena dibiarkan menelentang dengan meletakkan bantal dibawah bahunya. Sian anak ibu..kat situ time Dr wat demo pun dia dok bising-bising dah..tak suka terdongak macam tu mungkin..

Tapi alhamdulillah...2 hari guna jer ubat tu..ruam pun dah hilang. Tapi korang tak nak tanya ker...berapa ibu kena bayar hari tu?...hu..hu..RM 101.35 sen. Nasib baik abah boleh claim kat company abah..itu la first time ibu masuk Hospital Pantai.

PeRkEnaLkAN ArIfa DaLILah


Ini anak ibu..Arifa Dalilah Mohd Fadli..

Dia suka nyanyi2 (dlm bahasa dialah) bila kita nyanyi2 dengan dia...selalunya ibu zikir2 saja dgn dia..dia pun senyum ...dan terikut2 bunyi sama. Tengok tv pun suka, tengok kipas pun lagi suka...

Dilahirkan 23 sept 2008 bersamaan 23 Ramadan 1429H di Pearl Maternity Hospital di Sg. Ara, Pulau Pinang

Masa umur 1 bulan lebih, dia suka tergelak terkekek-kekek.. bila tengok patung Patrick (kawan Spongebox tu). Patung tu hadiah dari kawan abah untuk Dalila, tapi ibu simpan kat bilik komputer sebab Dalila baby lagi. Datang sepupu dia-Fatin-anak kak long..di bawa nya patung tu keluar. Bermula hari tu lah tiap2 kali Dalila terpandang Patrick..dia mesti ketawa. Kadang2 kalo ibu nak buat kerja..ibu tinggal kan dia dengan Patrick saja la. Ibu tak kasi Dalila pegang patung tu...takut habuk..dia boleh tengok saja...sian dia kan. Nasib la time pergi kenduri mak angkat kat Setiawan tu abah tak kasi bawak Patrick sama.


anakku dah 4 bln

Anak ibu hari ni dah berumur 4 bulan 1 minngu 6 hari.. makin hari makin ligat dia..makin banyak dia belajar..makin pandai dia buat aksi-aksi meniarap...puas sangat tengok dia tersenyum gembira apabila tiap-tiap kali dia berjaya pusingkan badan untuk meniarap.

Sedang ibu asyik meng'eksplo' blog ni (almaklumlah, first time+firstday buat blog)..ibu menjenguk kejap dalila kat katil...dia dah membuka lampin pakai buang dia tu, mengiringkan badan sebelah kanan lalu terbuang air kecil kat atas katil. Tu la... bangun tadi pagi..lepas tukar lampin pakai buang yg malam tadi punya...saja ibu tak pakaikan seluar...sebab jap lagi nak mandi. tup..tup..jadi mcm ni la...kena tukar cadar..hehehe...sayanggg anak ibu ni...

  • Selain meniarap, dia juga pandai pusing-pusing dan golek-golek atas tilam. Kadang2 kalo dia terjaga tidur dan kalo tak menangis, risau jer dia tendang2 bantal hadang kat katil tu.

  • Nenek dia dah dok susuh abah beli walker dah. Sebab Dalila berdiri dah kejap/stabil, tapi ibu tak berapa suka walker, sebab risau dia terjatuh dengan walker2 tu sekali.

  • Rasa Dalila dah nak mula tumbuh gigi kot, air liur banyak terkeluar. Mulut dok gatal nak gigit2, semua benda nak masuk mulut. Kalo ibu dukung dia pun, tudung ibu dia masuk mulut.