Showing posts with label bicara ibu. Show all posts
Showing posts with label bicara ibu. Show all posts

ibu arifa dah PINDAH ke blog baru

Assalamualikum kawan2 semua..
Oleh kerana banyak masalah teknikal pada blog ini..ibu akan berpindah ke blog baru ibu di http://ibudalila.blogspot.com/ dan segala kesulitan ibu minta maaf. Siapa2 nak baca / kongsi cerita dengan ibu boleh lah ke blog baru ibu.


sygarifa

Kenapa dgn blog aku ni!!?

Dah 4-5 ari ibu dok cuba nak edit balik blog ibu ni...tp tunggang langgang lak jd nyer.. sob..sob..sob..sedey tau..cam tak mau tgk dah blog ni. Antara perkara2 yg tak best..
1. header ibu tak leh nak tukar. dah beratus kali try..nak upload gambar kat situ..tak leh gak.
2. tak de date kat setiap tajuk new entri.
3. blog list yg ibu jd "silent reader" semua ilang..yg ibu jd "follower" leh la ibu add balik.
4. label setiap entri patut ada kat bawah..dekat2 dgn comment..dah try tukar dah..tak jd jugak..
Ari tu, gatal nak upgrade blog..nak kasi cantik2 sikit la niat nya. Tup..tup..abis ilang semua setting...skrag pakai basic punya template pun still tak ok jugak..Ibu dah tgk dah koding2 dia..semua mcm biasa..tp entah la still mcm tu lagi.
Tak suka..tak suka..sedih..sedey...

MotOROLa d! HaT!

Ari ni ibu nak citer pengalaman ibu time keje motorola dulu2..6 bulan je ibu stay kt compeni ni..pastu dapat offer tempat lain (pemenen job,kt Motorola kontrek je) ibu pun say SAYONARA kt motorola png dlm bulan Ogos 2006. Kat sini jugak Allah telah mempertemukan Ibu dgn Abah...ish..ish..
Ibu join group Test System Enggineer..kire kena monitor system2 kat mesin2 kat test station.. Kat sana wat wokie-tokie..tp diorg panggil radio kat wokie-tokie tu. Abah kali pertama 'Ter'nampak Ibu pun time Ibu dok ajar operator2 bagaimana nak guna system baru yg Ibu update kat mesin meng'test' radio tempat mereka kerja. Best woo..dok motorola..uniform cantik..surau dan tandas bersih..makanan pun ok kat sana.. sebut pasal makanan..teringat lak ibu...dulu2 tiap2 hari Jumaat..depa (kantin) bagi (breakfast) percuma..Ibu pun dgn selambanya...selalu berbaris awal2..kalo lambat kang abis..selalu ambik..bihun..or mee..penuh2 pinggan..air teh or susu satu gelas..dulu Ibu kategori kuat mkn...tp badan tak besar mana pun..45kg jgk.. Tak tau la skrg ni depa wat lagi tak makan free tu..Rasa mcm Abah ckp tak de dah free-free..
Ibu dan kengkawan kuar kaman kat tepi pantai

Ada lagi gambar..tp xtau Ibu simpan kat mana..ini pun ambik kt friendster ibu je..

JAwAb TaG KaK YAtie

Tag ~ My First Born

Selalu ibu baca tag ni kat blog org jer..skrg ibu kena buat gak pas kak Yatiejay dah tag Ibu..

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
tak de plan pun...first pregnancy miscarriage (baby 20+week). Dalila are the 2nd time pregnancy.


2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
yes!


3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Alhamdulillah....Very2 the happy.


4. HOW OLD WERE YOU?
masa umur 27 tahun. Kawen pun dah umur 26 tahun.


5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
dah 2 hari lambat period, terus beli alat test tu..pas buat test tengok ada 2 line. 2-3 hari pastu baru g confirm dgn doktor.


6. WHO DID YOU TELL FIRST?
Tentu la Abah..sbb abah je ada kat umah.


7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
mula2 tu mcm tak nak tau jgk, tp bila doktor tanyanak tau jantina ke tak...kami jwb "ya" je lah kat doktor tu..


8. DUE DATE?

21 Sept 2008

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?

Yup! masa 3bln pertama..tp makan obimin rasa kurang sikit letih tu..

10. WHAT DID YOU CRAVE?

Ada..nak makan ketupat daun palas...(dapat) mak kirim dari kedah. Ada ngidah 2-3 jenis kuih gak.


11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Tak boleh bau sabun basuh pinggan, pening je rasa bau tu..


12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Yg fist dulu tu, boy...yg sekarang ni girl.


13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
Tak kisah boy or girl..asal selamat dan sihat sudah la...


14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
20kg...wohuuuu...


15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Tak de laa...


17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Alhamdulilah kali kedua ni tak de apa-apa...dua-dua sihat..


18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Pearl Maternity Hospital, penang


19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
2 jam lebih je..sbb masa doktor pecahkan air ketuban..Dalila dah terbuang air besar dah kat dalam.


20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Abah je


21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
masa ibu dok try nak cara normal: abah, doktor dgn nurse. masa kt OT abah tak boleh ikut msk.

22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
emergency c-section..sbb dah lama ibu try push sampai xlarat dah..lagi pun risau Dalila tertelan najis sendiri kalo tunggu lama lagi.


23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Tak ambik ubat apa pun.


24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
3.4kg


25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
23 Sept 2008..terlebih 2 hari sbb x de tanda2 or sakit apa2 pun..doktor ckp kalo 22hb tu xde rase gak..kena induce 23hb...bagi beranak jgk..


26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Arifa Dalilah....abah nak letak Nur Arifa Dalilah...tp cam panjang je....sian dia nnt nak isi borang apa2 nnt.


27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
Dalilah sekarang dah umur 5 bulan 1 minggu 2 hari :)

sape2 rajin nak buat tag ni...di persilakan ambik..jgn malu2..

KerJA-KeRja- KeRja

Ibu berniat dlm bulan Jun tahun ini nak start kerja/cari kerja betul2. Perasaan berbelah bahagi selalu saja mematikan hasrat ibu untuk kembali membantu abah menambah pendapatan keluarga, apatah lagi melihat wajah Dalila yang semakin bijak/ligat dan manja dengan ibu. Tercapaikah target ibu untuk menyusukan Dalila sampai umur dia 2 tahun ni??? Risau ibu bila memikirkan nya.
Ibu akan memohon untuk mengikuti KPLI anbilan Jun tahun ini. Kalau tak de rezeki juga dgn KPLI kali ni, GSTT pun ok lah. Kasihan abah setelah 1 tahun ibu berhenti kerja ekoran ibu keguguran pada kandungan pertama sebelum Dalila. Sedih sangat time tu...sebab tiap2 kali pergi checkup (kat swasta) selalu dok tgk dia (bila scan) gerak2 kan tangan, kaki, dalam hati ibu time tu dah rasa mcm baby boy je tu. Akhirnya dia tinggalkan ibu jua..bila dah nak masuk 5 bln dan mmg betul is a boy.
Berbalik pasal topik cari kerja, ibu kena start cari info fasal penyimpanan susu ibu.
  • Banyak mana nak simpan dalam satu botol?
  • Kalo Dalila (dah dekat 5 bln skrg) minum tak abis boleh simpan dalam peti sejuk balik ker? sekarang ni ibu bagi direct breastfeed, tak tau banyak mana dia minum.
  • Nak kena tau gak, susu kat freezer bawah tu tahan berapa lama? kat atas tu berap lama?mcm mana the best way nak suam kan balik susu tu ?
  • nak kena fikir bekas nak simpan susu? cari kat mana? nak guna botol ker bekas plastik kecil (container /turpaware kecil tu)...

hai...banyak yg nak kena fikir ni.. Ibu tak boleh cepat giveup ok...ibu kena kuat.. mesti bagi gak Dalila susu ibu. Tu tak fikir lagi siapa yang nak jaga Dalila nanti? Pengasuh ker MIL? Sian lak kat MIL.. Hmmm...tak kisah la sapa pun yang penting org tu MESTI sokong "susu ibu" bukan susu formula. Ibu harap dia pandai jaga/kendalikan perahan susu ibu tu nanti, biar Dalila leh minum dengan selamat dan sihat.

Harap abah bantu ibu + sokong ibu okey...
p/s: Ibu pun selalu dapat soalan panas macam akak penulis2 blog yang lain gak bila kita fully breastfeed ni..ade lagi susu tu..nampak macam tak de jer...susu dah tak de kot tu...naik panas jer muka + telinga dengar...nasib baik la ada lagi rasa SABAR+sifat/rasa hormat tu kat dalam diri ibu, ibu selalu jawab 1 perkataan saja...ada. cukup..!
hai...org ni kan... macam2 perangai ..kita buat macam ni salah..buat macam tu salah..kena ikut mcm depa baru betul kot.!!! jadi bg ibu...kalo kita fikir apa yang kita buat tu betul..bermanafaat pada keluarga..teruskan la..pedulik cakap org lain...dah penat...benti la diorg bercakap.