KerJA-KeRja- KeRja

Ibu berniat dlm bulan Jun tahun ini nak start kerja/cari kerja betul2. Perasaan berbelah bahagi selalu saja mematikan hasrat ibu untuk kembali membantu abah menambah pendapatan keluarga, apatah lagi melihat wajah Dalila yang semakin bijak/ligat dan manja dengan ibu. Tercapaikah target ibu untuk menyusukan Dalila sampai umur dia 2 tahun ni??? Risau ibu bila memikirkan nya.
Ibu akan memohon untuk mengikuti KPLI anbilan Jun tahun ini. Kalau tak de rezeki juga dgn KPLI kali ni, GSTT pun ok lah. Kasihan abah setelah 1 tahun ibu berhenti kerja ekoran ibu keguguran pada kandungan pertama sebelum Dalila. Sedih sangat time tu...sebab tiap2 kali pergi checkup (kat swasta) selalu dok tgk dia (bila scan) gerak2 kan tangan, kaki, dalam hati ibu time tu dah rasa mcm baby boy je tu. Akhirnya dia tinggalkan ibu jua..bila dah nak masuk 5 bln dan mmg betul is a boy.
Berbalik pasal topik cari kerja, ibu kena start cari info fasal penyimpanan susu ibu.
  • Banyak mana nak simpan dalam satu botol?
  • Kalo Dalila (dah dekat 5 bln skrg) minum tak abis boleh simpan dalam peti sejuk balik ker? sekarang ni ibu bagi direct breastfeed, tak tau banyak mana dia minum.
  • Nak kena tau gak, susu kat freezer bawah tu tahan berapa lama? kat atas tu berap lama?mcm mana the best way nak suam kan balik susu tu ?
  • nak kena fikir bekas nak simpan susu? cari kat mana? nak guna botol ker bekas plastik kecil (container /turpaware kecil tu)...

hai...banyak yg nak kena fikir ni.. Ibu tak boleh cepat giveup ok...ibu kena kuat.. mesti bagi gak Dalila susu ibu. Tu tak fikir lagi siapa yang nak jaga Dalila nanti? Pengasuh ker MIL? Sian lak kat MIL.. Hmmm...tak kisah la sapa pun yang penting org tu MESTI sokong "susu ibu" bukan susu formula. Ibu harap dia pandai jaga/kendalikan perahan susu ibu tu nanti, biar Dalila leh minum dengan selamat dan sihat.

Harap abah bantu ibu + sokong ibu okey...
p/s: Ibu pun selalu dapat soalan panas macam akak penulis2 blog yang lain gak bila kita fully breastfeed ni..ade lagi susu tu..nampak macam tak de jer...susu dah tak de kot tu...naik panas jer muka + telinga dengar...nasib baik la ada lagi rasa SABAR+sifat/rasa hormat tu kat dalam diri ibu, ibu selalu jawab 1 perkataan saja...ada. cukup..!
hai...org ni kan... macam2 perangai ..kita buat macam ni salah..buat macam tu salah..kena ikut mcm depa baru betul kot.!!! jadi bg ibu...kalo kita fikir apa yang kita buat tu betul..bermanafaat pada keluarga..teruskan la..pedulik cakap org lain...dah penat...benti la diorg bercakap.

2 comments:

Hayatie said...

salam ibuarifa..

Sy tlg jawabkan persoalan awk yer:

1.seelok2ny simpan ebm dlm kuantiti yg kecil. CUkup2 utk sekali feeding, bergantung pada berapa yg baby u perlu. cth:2-3oz satu botol.

2. Ebm yang dah digunakan perlu dihabis dlm masa 1 jam.tidak blh disimpan semula.tp ada juga yg mengatakn boleh disimpan dan diguna utk next feeding. TErpulang pada motherly instinct la yer.makne klu tak abis cepat2 simpan dlm fridge ke.again terpulang.

3. Frozen EBM tahan 3 bln ditempat beku fridge 2 pintu,klu chest freezer sehingga 6 bln. Fresh EBM yg disejukkan tahan 48 jam dlm fridge. Frozen ebm yg dicairkan perlu digunakan 24 jam.

4. Boleh simpan dlm botol,milk liners klu nak jimat bekas dadih.as long as ianya selamat.

Sorry terpanjang plaks.ku suke menaipss.Boleh search kat forum susuibu utk lebih info. happy breastfeeding & happy pumping!

ibuarifa said...

Terima kasih kak Hayatie, jasa mu ku kenang!!

Post a Comment