BabyIbu Giveaway:Win Gin & Jacqie Baby Bag!

Ibu adalah salah seorang peminat blog BabyIbu. Ibu jumpa blog ni sebelum ibu ada blog sendiri lagi (blog ibuarifa). Banyak infomasi dan cerita-cerita keibubapaan yang dikongsikan disini. Melalui blog BabyIbu ni mendapat tahu tentang contest BabyIbu Giveaway:Win Gin & Jacqie Baby Bag! tajaan Gin & Jacqie.




Selalu ibu tengok dalam majalah saja bag Gin & Jacqie ni, tapi sebab boleh dapat secara percuma melalui contest ni. Ibu pun nak cuba lah, kalau dapat, alhamdulillah ~rezeki :)
Dari apa yang ibu tahu Gin & Jacqie ini adalah hasil usaha seorang wanita Jacqueline Ng, seorang usahawan wanita Malaysia yang kini telah berjaya menempah nama setanding dengan jenama-jenama antarabangsa. Tahniah diucapkan pada Jacqueline :)

Ibu juga suka pada motto Gin & Jacqie ni "more than just a bags", mereka menawarkan pelbagai jenis rekaan termasuk laa beg utk Laptop, travel, photo bag dan banyak lagi. Pada pendapat ibu, bag bukan lagi menjadi suatu aksesori, ia melebihi kepada suatu keperluan bagi seorang wanita lebih-lebih lagi wanita berkeluarga dan berkerjaya. Kemana saja pergi kita perlu membawa paling pun kurang dompet duit dan handfon atau pun kunci kereta (sendiri /suami) dan juga kunci rumah.

Bagi si ibu pula mana perlu memikirkan utk bawa 1-2 lampin pakai buang lagi, baju baby, dan juga tisu atau tuala kecil untuk mengelap air liur mahupun kekotoran pada baby. Jadi ibu pasa rekaan dari butik Gin & Jac ni paling sesuai untuk ibu dan lebih praktikal dan tahan lasak.

Dalam ketiga-tiga bag yang cantik tu, ibu berkenan sangat dengan bag Stylish Elaine Baby Bag kerana:
  • mempunyai banyak compartment: jadi boleh bawa banyak barang (sama ada barang ibu atau barang baby) dengan keadaan barang yang lebih teratur dan mudah dicapai/cari.
  • cantik + stylish + material tahan lasak. Senang ibu nak bawa kemana-mana. Sure orang tanya beli kat mana ni. Tak perlu beli bag baru selalu sebab bag Gin & Jac ni tahan lasak.
  • menggantikan bag ibu yang abah hadiahkan sebagai hantaran perkahwinan 2 tahun dulu. Banyak kenangan bag ni, jadi ibu takut ianya rosak pulak dah 2 tahun guna.
  • Tak perlu lagi ibu bawa 2 bag (1 bag ibu dan 1 bag baby) bila tiap2 kali keluar rumah. Ianya lebih mudah dengan adanya Stylish Elaine Baby Bag.

Akhir sekali terima kasih ibu ucapkan kepada Babyibu kerana mengadakan contest yang menarik ni, dan juga terima kasih kepada Gin &Jac kerana menaja hadiah2 contest ni. Selamat ulangtahun BabyIbu...

No comments:

Post a Comment