RisAU BilA dALilah KeNa INjeCTioN

Anak ibu 25hb Feb ni dah masuk 5 bulan. Ada injection lagi bila usia 5 bulan. Ibu risau sbb tiap2 kali injection (masa usia 2 bulan dan 3 bulan) Dalila demam. Menangis kuat dan lama jgk menagis tu. bila nak kasi susu dia senyap sekejap je, hisap sikit je pastu menangis lagi.
Masa usia 2 bulan aritu, pas kena inject, balik rumah terus bagi ubat, dia tidur sampai 1.30ptg, pastu bangun terus menangis sampai 4 ptg. Abah kerja. Dah diam tu baru dia mahu minum susu. Ibu still bagi ubat ikut jam lagi. Dia susah nak telan ubat tu, dia kemam lama2, pastu luah, kadang2 kena picit kedua2 pipi dia baru nak telan (kire dasyat nyer cara paksa ni), sampai jam 8 pagi rasa dia dah sembuh dah sebab tak panas dah. Pastu baru ibu berkemas nak ke kenduri keluarga angkat kat Setiawan tu.
Masa injection utk 3 bulan pula, pada 24hb Dis, bersamaan anniversary perkahwinan ke-2 ibu dan abah. Dia deman lagi, still susah lagi nak bagi dia telan ubat tu. Tgh malam suhu panas sangat2, (pas dah buat semua jelum2 kepala+lap badan ketiak dan tampal pelekat kat kepala tu..) ibu ajak abah bawa Dalila ke klinik. Tapi esok Krismas ada ker klinik yang buka tgh2 malam ni. Meronda juga cari klinik mlm tu. Mujur ada. Esok ptg baru baik demam dia ni. Ibu rasa kalau dia mau telan ubat, mungkin dia tak demam. Aduhai anak ibu.....

1 comment:

Matt said...

salam ibu...
azan harap baby ibu sihat di bawah lindungan bayangan ilahi... insyaallah.

Post a Comment