
Saje2 nak letak gambo ni...tak de kaitan pun sebenarnya...ekekekek..
Saje2 nak letak gambo ni...tak de kaitan pun sebenarnya...ekekekek..
gambar hiasan (my MIL dgn Dalila masa umur 2 bln lebih)
Ibu beli:
ikan kembung 6 ekor --RM5
Sawi --RM2
Bawang, santan --RM3
Bayam merah --RM2.2
Telur ayam --RM3.6
p/s: To abah..tambah duit belanja umah yer..barang mahal..hehe..ibu nak tudung Ekin tau.
p/s: to my MIL..thanks ya jaga Dalila. To naurah..nanti saya buat Tag naurah tu yer.
sekadar hiasan (gambar Dalila masa umur 5 hari)
antara 2 benda ni...Dalila pilih ni...
Dia pegang2..
Dia belek2...
Boleh tak nak gigit benda ni pulak ibu.....
Cam ni la dia sekarang..nak gigit2 jer.. ibu dah beli dah yg benda gigit tu, dia suka benda tu, time ni ibu sejukkan kat peti.
hai...banyak yg nak kena fikir ni.. Ibu tak boleh cepat giveup ok...ibu kena kuat.. mesti bagi gak Dalila susu ibu. Tu tak fikir lagi siapa yang nak jaga Dalila nanti? Pengasuh ker MIL? Sian lak kat MIL.. Hmmm...tak kisah la sapa pun yang penting org tu MESTI sokong "susu ibu" bukan susu formula. Ibu harap dia pandai jaga/kendalikan perahan susu ibu tu nanti, biar Dalila leh minum dengan selamat dan sihat.
Selalu ibu tengok dalam majalah saja bag Gin & Jacqie ni, tapi sebab boleh dapat secara percuma melalui contest ni. Ibu pun nak cuba lah, kalau dapat, alhamdulillah ~rezeki :)
Dari apa yang ibu tahu Gin & Jacqie ini adalah hasil usaha seorang wanita Jacqueline Ng, seorang usahawan wanita Malaysia yang kini telah berjaya menempah nama setanding dengan jenama-jenama antarabangsa. Tahniah diucapkan pada Jacqueline :)
Akhir sekali terima kasih ibu ucapkan kepada Babyibu kerana mengadakan contest yang menarik ni, dan juga terima kasih kepada Gin &Jac kerana menaja hadiah2 contest ni. Selamat ulangtahun BabyIbu...
Tengah dia bersedih tu, tetiba dia teringat akan firman Tuhan yg menyatakan Tuhan dpt melakukan perkara2 ajaib kerana tiada yg mustahil bg Tuhan. Lalu dia pun mengangkat kedua tgnnya sambil berdoa "Ya Tuhan, aku mohon kepadaMu agar kedele ini menjadi tempe. Amin?." Begitulah doa singkatnya yg dipanjatkan dgn sepenuh hatinya. Dia sangat yakin yg Tuhan pasti mengabulkan doanya. Lalu dgn tenang dia pun menekan2 bungkusan bakal tempe tuh dgn hujung jarinya dan dia pun bukak sikit bungkusan tu utk menyaksikan keajaiban kedele itu menjadi tempe. Tapi dia kaget seketika sebab kedele tu masih tetap kedele. Namun dia tak kecewa, sebaliknya dia fikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yg mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dpt menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadilah ini tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun skali lagi bukak sikit bungkusan tu.Lalu apa yang terjadi????????...Dengan kaget dia melihat yg kacang kedele tersebut??????....masih tetap begitu !!!!!!!
Sementara tu hari pun semakin siang dan tentunya pasar dah semakin ramai org. Si ibu ni tetap tak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Bagaimanapun kerana keyakinannya yg sgt tinggi dia bercadang utk tetap>pegi ke pasar membawa barang dagangannya tu. Dia berpikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi masa perjalanannya ke pasar. Lalu dia pun bersiap2 untuk berangkat ke pasar. Semua keperluannya untuk menjual tempe macam biasanya dah disiapkan. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah ini tempe. Amin". Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjang perjalanan dia tetap tak lupa baca doa dalam hati. Tak lama lepas tu dia pun sampailah di pasar. Dan macam biasanya dia pun ambik tempat untuk meletakkan barang dagangannya. Dia betul2 yakin yg tempenya sekarang mesti dah menjadi. Lalu dgn hati yg berdebar-debar dia pun bukak bakulnya dan menekan2 dgn jarinya setiap bungkusan yg ada. Pelan2 dia bukak sikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Lalu apa yang terjadi saudara-saudari??....tenyata tempenya benar-benar?.... belum menjadi!!
Si Ibu ni pun terkesima seketika, dia tarik nafas dalam-dalam. Dia sudah mula kecewa pada Tuhan kerana doanya tak dikabulkan. Dia merasa Tuhan tak adil. Tuhan tak kesian padanya sedangkan dia hidup cuma dgn hasil jualan tempe je. Seterusnya, dia cuma duduk diam tanpa mempamerkan barang dagangannya sebab dia tau yg mana ada org nak beli tempe yg baru separuh jadi tuh. Sementara tuh hari pun semakin petang dan pasar dah mulai sepi dengan pembeli. Dia tengok member2 yg sesama penjual tempe, tempe mereka dah hampir habis nak dijual. Dia tertunduk lesu seperti tak sanggup menghadapi kenyataan hidupnya hari itu. Dia pun termenung dgn rasa yg teramat kecewa. Dia tau yg hari tu dia takkan dpt pendapatan langsung.
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Bu...?!"Maaf ya bu, saya mau tanya. Apakah ibu ada menjual tempe yang belum jadi? Dari tadi saya sudah keliling pasar mencarinya tapi masih belum ketemu."Seketika si ibu tadi terkesima lagi. Dia kaget. Sebelum dia menjawab sapaan wanita kat depannya tu, dalam hati cepat2 dia berdoa "Ya Tuhan, saat ini aku tak mahu tempe lagi. Biarlah daganganku ini tetap seperti semula, Amin". Tapi lepas tuh, dia masih tak berani lagi nak jawab kat wanita tuh. Dia fikir ntah2 mase dia tgh duduk2 termenung tadi, tempenya dah menjadi. Jadi masa tuh dia dalam keadaan ragu2 lagi nak jawab. "Camane nih?" Dia pikir. "Kalo aku kata ya, jangan2 tempe ni dah jadi, sape tau mukjiz at Tuhan?" Lalu dia pun kembali berdoa dalam hatinya, "Ya, Tuhan, biarlah tempeku >ini tak usah jadi tempe lagi. Dah ada org yg nak beli. Ya Tuhan tolonglah aku kali ini.Dengarlah doaku ini?" ucapnya berkali-kali. Sebelum dia menjawab wanita itu, dia pun bukak sikit daun penutupnya. Lalu apa yang dilihatnya saudara-saudari ??... Ternyata memang benar tempenya ???... belum jadi!!!! Dia pun bersorak riang gumbira dalam hatinya. "Alhamdulillah", ucapnya. Dipendekkan cite, wanita tu pun memborong habis semua tempenya yg belum menjadi tuh. Sebelum wanita tu pergi, si ibu nih sempat jugak tanya wanita tuh kenapa nak beli tempe yg belum jadi. Rupa2nya, wanita tuh kata yg anaknya di England kepingin tempe dari desa. Memandangkan tempenya tuh nak dikirimkan ke England, dia kenalah beli yg belum jadi lagi supaya bil a sampai di England nanti dah menjadi. Kalau kirim tempe yg dah jadi, nanti di sana tempe tuh dah tak elok lagi dan rasanya pun dah kurang sedap. Begitulah alkisahnyee TAMAT
Moral of the story?.
1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yg terbaik utk kita.
2. Sentiasalah berdoa dlm menjalani kehidupan seharian kita sbg hambaNya yg lemah. Dan jgn sekali-kali berputus asa terhadap apa yg dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yg mungkin di luar jangkaan kita. Hanya kpdNya lah kita memohon & bertawakkal?
Dia suka nyanyi2 (dlm bahasa dialah) bila kita nyanyi2 dengan dia...selalunya ibu zikir2 saja dgn dia..dia pun senyum ...dan terikut2 bunyi sama. Tengok tv pun suka, tengok kipas pun lagi suka...
Dilahirkan 23 sept 2008 bersamaan 23 Ramadan 1429H di Pearl Maternity Hospital di Sg. Ara, Pulau Pinang
Masa umur 1 bulan lebih, dia suka tergelak terkekek-kekek.. bila tengok patung Patrick (kawan Spongebox tu). Patung tu hadiah dari kawan abah untuk Dalila, tapi ibu simpan kat bilik komputer sebab Dalila baby lagi. Datang sepupu dia-Fatin-anak kak long..di bawa nya patung tu keluar. Bermula hari tu lah tiap2 kali Dalila terpandang Patrick..dia mesti ketawa. Kadang2 kalo ibu nak buat kerja..ibu tinggal kan dia dengan Patrick saja la. Ibu tak kasi Dalila pegang patung tu...takut habuk..dia boleh tengok saja...sian dia kan. Nasib la time pergi kenduri mak angkat kat Setiawan tu abah tak kasi bawak Patrick sama.