ibu arifa dah PINDAH ke blog baru

Assalamualikum kawan2 semua..
Oleh kerana banyak masalah teknikal pada blog ini..ibu akan berpindah ke blog baru ibu di http://ibudalila.blogspot.com/ dan segala kesulitan ibu minta maaf. Siapa2 nak baca / kongsi cerita dengan ibu boleh lah ke blog baru ibu.


sygarifa

Kenapa dgn blog aku ni!!?

Dah 4-5 ari ibu dok cuba nak edit balik blog ibu ni...tp tunggang langgang lak jd nyer.. sob..sob..sob..sedey tau..cam tak mau tgk dah blog ni. Antara perkara2 yg tak best..
1. header ibu tak leh nak tukar. dah beratus kali try..nak upload gambar kat situ..tak leh gak.
2. tak de date kat setiap tajuk new entri.
3. blog list yg ibu jd "silent reader" semua ilang..yg ibu jd "follower" leh la ibu add balik.
4. label setiap entri patut ada kat bawah..dekat2 dgn comment..dah try tukar dah..tak jd jugak..
Ari tu, gatal nak upgrade blog..nak kasi cantik2 sikit la niat nya. Tup..tup..abis ilang semua setting...skrag pakai basic punya template pun still tak ok jugak..Ibu dah tgk dah koding2 dia..semua mcm biasa..tp entah la still mcm tu lagi.
Tak suka..tak suka..sedih..sedey...

SpECTra 3 Ku

Pas balik shopping, Abah bawa g makan kat town..sempat tengok bangunan PENANG TIME SQUARE..rasenyer tak buka lagi..kat sini la dulu2 katenyer nak wat monorail...tp tu time kerajaan Koh Su Khun la..yg baru ni...Ibu tak tau lak plannya.
Petangnya Ibu dah berjanji dengan Kak Angie..tokey kedai My baby pit shop nak pergi jumpa dia, nak beli breastpump. Abah pun sokong Ibu nak kasi Dalila full breastfeed walaupun dah kerja nanti.. Jadi langkah pertama adalah..memiliki set breastpump yg bersesuaian. Ibu pilih spectra3 sbb Ibu selalu baca blog kawan2..diaorg banyak pakai spectra3. Kak Angie ni baik dan ramah orangnya...dia beri penerangan pd Ibu bagaimana nak guna/jaga breastpump tu...lagi pun Kak Angie sendiri pun sokong dan masih breastfeeding lagi walaupun anak dia dah 1 tahun lebih.

antara pekakas2 nya

Demi untuk anakku

Aku beli set spectra3 extravaganza package..tp bag bag dah abis..tgh bulan ni baru sampai..sbb tu xde bag pack tu dalam gambar..yg kat hitam tu cooler bag.

p/s: semoga anak ibu ni sihat dan ceria selalu dengan minum susu ibu.

KeRNa MemBERs DaY

Hari sabtu 7hb Mac lepas..ada satu shoping complex kat area umah Ibu wat members day. Nama shoping complex tu..SUNSHINE SQUARE..di sebabkan jaraknya yang hanya beberapa km jer dgn umah ibu..dan barang2 kat situ pun ok..Ibu pun jd la members..

Huh..kali ni Ibu nak citer apa Ibu buat pada 7hb hari tu...sesudah je subuh..makan breakfast kat umah..dalam jam 8 lebih..ibu dah dalam keta..siap kejut Dalila yg tak mandi pagi lagi..sbb nak bershoping awal2 pagi. Bukan apa..tempat ni sure full giler2nyer + parking sure xder/susah dapatnyer kalo tak pergi awal2. Lagipun kalau members day..tempat tu buka jam 8.30pagi untill 12 tgh malam..boleh 2-3 kali pergi shoping lagi kalau larat...hehehe..


Masuk2 jer (lebih kurang 8.30 mcm tu) org dah ramai dah..Ibu ngan abah tuju area Mamy Poko dahulu..yer lah saiz M 44 pcs =RM29.90 jer..harga biasa RM32 lebih..sampai jer area tu..TERKEJUT besar..sbb tgk dah habis..betul2 clear..nmpk troli org dekat2 area tu, depa dah ambik 2-3 pack sorang..Abah g tanya kat jurujual yg bertugas disitu, dia kata kena tunggu sekejap...stok kat bawah dah habis..kawan dia dah g ambik kat Department Baby pulak..dekat 15minit gak tunggu...baru dapat..

Sementara dok tunggu tu, Ibu sempat lagi pergi ambik biskut IKO, ambik 2 pek. Tak pernah try lagi biskut IKO ni..tp Ibu selalu tgk kat blog kawan2 yg breastfeed..dia org makan biskut IKO ni..sbb harga biasa RM7.90..harga members..RM.6.90 tu yang beli tu.

Nak membayar pun punya la panjang berbaris..padahal kaunter dah banyak yg buka..lagi satu Ibu beli..sabun basuh kain TOP 3KG..RM9.90..mujur Ibu dah buat list barang sebelum datang..kalo tak..mungkin ter'over' beli..

MotOROLa d! HaT!

Ari ni ibu nak citer pengalaman ibu time keje motorola dulu2..6 bulan je ibu stay kt compeni ni..pastu dapat offer tempat lain (pemenen job,kt Motorola kontrek je) ibu pun say SAYONARA kt motorola png dlm bulan Ogos 2006. Kat sini jugak Allah telah mempertemukan Ibu dgn Abah...ish..ish..
Ibu join group Test System Enggineer..kire kena monitor system2 kat mesin2 kat test station.. Kat sana wat wokie-tokie..tp diorg panggil radio kat wokie-tokie tu. Abah kali pertama 'Ter'nampak Ibu pun time Ibu dok ajar operator2 bagaimana nak guna system baru yg Ibu update kat mesin meng'test' radio tempat mereka kerja. Best woo..dok motorola..uniform cantik..surau dan tandas bersih..makanan pun ok kat sana.. sebut pasal makanan..teringat lak ibu...dulu2 tiap2 hari Jumaat..depa (kantin) bagi (breakfast) percuma..Ibu pun dgn selambanya...selalu berbaris awal2..kalo lambat kang abis..selalu ambik..bihun..or mee..penuh2 pinggan..air teh or susu satu gelas..dulu Ibu kategori kuat mkn...tp badan tak besar mana pun..45kg jgk.. Tak tau la skrg ni depa wat lagi tak makan free tu..Rasa mcm Abah ckp tak de dah free-free..
Ibu dan kengkawan kuar kaman kat tepi pantai

Ada lagi gambar..tp xtau Ibu simpan kat mana..ini pun ambik kt friendster ibu je..