JaWab TaG NauRah


Tajuk Tag : 10 Things

Prosedurnyer :

i.Brg siapa yang kena tag ni, kena tulis '10 Things' berkenaan orang yang mentag.


1. Name diberi Naurah Makwa....special tul nama dia..

2. perkenalanan dgn Naurah ni.. time dok blog2

3. Sorang ibu yg penyayang

4. Ada anak perempuan yg comel...nama Damia Qashrina

5. Suka berkawan...(sama la dgn ibu..)

6. Suka drawing...(sama lagi gak dgn ibu..)

7. Naurah suka berkaraoke...latihan nak masuk AF ker?

8. Bagi Ibu..dia seorang wanita yg cantik..dan baik hati

9. Orang Perak.

10. Naurah suka bab-bab sewing & handicraf...


ii. Orang yang kena tag, perlu tulis '10 Things about yourself'.


1. Nama kat I/C: Fatimah... Lahir kat Jitra kedah.. pada 26/08/81.

2. Hobi baru: mem'blogging'...tgk blog sendiri...tgk blog2 org la... Hobi dulu2..kumpul stem..cam skema jer jwpan ni..

3. Anak bongsu dari 5 beradik. Satu2nya anak pompuan dlm family...huhu...

4. Suka berkawan dan mencari kawan2 baru..suka sembang2...borak2 kosong pun best gak. Ibu pun mcm Naurah jgk..suka kwn dgn yg ikhlas jer gak..

5. Pandai gak ckp bahasa Thai...ayah Ibu org Thai. Tp baca tulisan Thai tak reti... :P

6. Suka jalan2...Paling suka kalo dibawa ke shopping complex...tak beli pun tak pe..asal dpt kena tgk2 barang..dah tak pe dah..paling tak tahan tgk baju baby girl...haiya...mau 2-3 kali pusing woo..

7. Belum ada lesen keta...malas nyer nak g ambik....

8. Suka citer 'prison break'...penuh dgn debaran tul citer tu..

9. Tinggi 150cm, berat 46kg

10. Tak suka mkn udang dgn sotong...sekali sekala..boleh la....

Fuhh...dah siap pun...berapa kali dah stop2 ni..Dalila nangis minta dukung ngan nak susu...tapi demi kawan..tag nyer tertunai gak..

Saje2 nak letak gambo ni...tak de kaitan pun sebenarnya...ekekekek..

TudUNg eKiN kE??

Dari tgh hari kelmarin, syukur, alhumdulalah Dalila mcm tak demam. Okey je Ibu tgk dia. Merengek minta angkat/dukung cam biasa la. Pagi ni ibu tjaga awal, mgkin sblm tidur dah set dalam kepala..'jam 6pagi, last bagi ubat kat Dalila'. Ibu terjaga jam 4pagi, dah tak boleh tidur balik dah pastu, Rasa dahi/kepala dia..okey jer..ambik suhu badan 37'C.
Dok baring2 sampai jam alarm bunyi..dah sampai masa bagi ubat dah..amik suhu badan lagi...sama jgk..kejut abah..abah cakap bagi jer..last. Ibu bagi ubat kat Dalila, dia nangis kejap. Pastu abah g kerja. Jam 8 lebih Ibu bawa dalila ke umah MIL, (umah MIL dekat blok sebelah je) nak tinggal dia kat situ jap...Ibu nak g pasar. Nak bawak..xlarat nak dukung lama2.

gambar hiasan (my MIL dgn Dalila masa umur 2 bln lebih)

Ibu beli:

ikan kembung 6 ekor --RM5

Sawi --RM2

Bawang, santan --RM3

Bayam merah --RM2.2

Telur ayam --RM3.6

Dalam jam 9 baru balik umah, hehehe..yg buat lama tu ibu dok belek2 tudung Ekin.. teringin lak nak try satu...RM28...aduyai...Ekin...Ekin.
Balik letak barang, terus g ambik Dalila..risau dia dahaga jer..last bagi susu jam 7.30 lebih tadi.

p/s: To abah..tambah duit belanja umah yer..barang mahal..hehe..ibu nak tudung Ekin tau.

p/s: to my MIL..thanks ya jaga Dalila. To naurah..nanti saya buat Tag naurah tu yer.

DaH 5 bULan

Ibu baru balik g bawa Dalila injection td. Dah 7.5kg hari ni. Nangis kejap je, kuar bilik nurse tu, terus diam. Dalam jam 11.30 pg ibu kasi ubat paracetamol. Kali ni 4.6ml pulak, kata abah kuantiti ubat ikut berat bayi. Ye lah..aritu ibu pun ada terpandang formula untuk kira kuantiti ubat yg perlu untuk seseorang bayi (time tengah wat checkup Dalila kat dalam bilik nurse). Nurse tulis kat white board. Tak ingat lak ibu nak salin pastu..skrg terus lupa...hehehe..diriku smakin jd pelupa sekarang...aduyaiii..
Seperti biasa, dalila akan

sekadar hiasan (gambar Dalila masa umur 5 hari)

Bila makan ni...

p/s: ibu harap anak ibu tak demam kali ni. Bukan ibu nak bagi Dalila sakit tau...tp semua baby perlu injection tu, nak bagi sihat. Anak ibu kuat yer sayang...

KawAN LamA vs KawAN BarU

Ibu perhatikan Dalila sejak masuk 4 bulan ni macam tak se'excitet' dulu lagi kalo jumpa Patrick. Dia tak ketawa terkekek-kekek dah. Dia cuma nak gigit2 jer kalau ibu kasi pegang Patrick tu. Sekarang Dalila dah ada kawan baru/mainan baru. Sure 'asyik'nyer pandang benda ni...huhuhu..

antara 2 benda ni...Dalila pilih ni...


Dia pegang2..



Dia belek2...

Boleh tak nak gigit benda ni pulak ibu.....

Cam ni la dia sekarang..nak gigit2 jer.. ibu dah beli dah yg benda gigit tu, dia suka benda tu, time ni ibu sejukkan kat peti.

KEnApA yaHUdi BIjaK

Iba dapat cerita ni dari email...yg baik jadikan pengajaran, yg buruk jadikan teladan ek..

Article taken from UCLA professor. Hv a pleasure reading…
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa bosan beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essay sepanjang 5 mukasurat penuh. Essay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Morale of the story: Maybe best if we could apply jew nie punya concept didik anak,. Cuma bab play the violin and muzic tu….aku suggest korang stimulate the brain of youngster with bacaan Al Quran.

TempAYan ReTaK

Cerita ini pun ibu dapat melalui email beberapa tahun lepas...ibu suka baca cite ni.

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, karena dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari porsi yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu." "Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?" "Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah porsi air dari yang seharusnya dapat saya bawa karena adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu. Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan." Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak Memperhatikan dan baru menyadari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, Ia kembali sedih karena separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya. Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya.Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu,dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, Majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang.

" Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu dan kamu pun dapat menjadi sarana keindahan Tuhan. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, Kita menemukan kekuatan kita".

KerJA-KeRja- KeRja

Ibu berniat dlm bulan Jun tahun ini nak start kerja/cari kerja betul2. Perasaan berbelah bahagi selalu saja mematikan hasrat ibu untuk kembali membantu abah menambah pendapatan keluarga, apatah lagi melihat wajah Dalila yang semakin bijak/ligat dan manja dengan ibu. Tercapaikah target ibu untuk menyusukan Dalila sampai umur dia 2 tahun ni??? Risau ibu bila memikirkan nya.
Ibu akan memohon untuk mengikuti KPLI anbilan Jun tahun ini. Kalau tak de rezeki juga dgn KPLI kali ni, GSTT pun ok lah. Kasihan abah setelah 1 tahun ibu berhenti kerja ekoran ibu keguguran pada kandungan pertama sebelum Dalila. Sedih sangat time tu...sebab tiap2 kali pergi checkup (kat swasta) selalu dok tgk dia (bila scan) gerak2 kan tangan, kaki, dalam hati ibu time tu dah rasa mcm baby boy je tu. Akhirnya dia tinggalkan ibu jua..bila dah nak masuk 5 bln dan mmg betul is a boy.
Berbalik pasal topik cari kerja, ibu kena start cari info fasal penyimpanan susu ibu.
  • Banyak mana nak simpan dalam satu botol?
  • Kalo Dalila (dah dekat 5 bln skrg) minum tak abis boleh simpan dalam peti sejuk balik ker? sekarang ni ibu bagi direct breastfeed, tak tau banyak mana dia minum.
  • Nak kena tau gak, susu kat freezer bawah tu tahan berapa lama? kat atas tu berap lama?mcm mana the best way nak suam kan balik susu tu ?
  • nak kena fikir bekas nak simpan susu? cari kat mana? nak guna botol ker bekas plastik kecil (container /turpaware kecil tu)...

hai...banyak yg nak kena fikir ni.. Ibu tak boleh cepat giveup ok...ibu kena kuat.. mesti bagi gak Dalila susu ibu. Tu tak fikir lagi siapa yang nak jaga Dalila nanti? Pengasuh ker MIL? Sian lak kat MIL.. Hmmm...tak kisah la sapa pun yang penting org tu MESTI sokong "susu ibu" bukan susu formula. Ibu harap dia pandai jaga/kendalikan perahan susu ibu tu nanti, biar Dalila leh minum dengan selamat dan sihat.

Harap abah bantu ibu + sokong ibu okey...
p/s: Ibu pun selalu dapat soalan panas macam akak penulis2 blog yang lain gak bila kita fully breastfeed ni..ade lagi susu tu..nampak macam tak de jer...susu dah tak de kot tu...naik panas jer muka + telinga dengar...nasib baik la ada lagi rasa SABAR+sifat/rasa hormat tu kat dalam diri ibu, ibu selalu jawab 1 perkataan saja...ada. cukup..!
hai...org ni kan... macam2 perangai ..kita buat macam ni salah..buat macam tu salah..kena ikut mcm depa baru betul kot.!!! jadi bg ibu...kalo kita fikir apa yang kita buat tu betul..bermanafaat pada keluarga..teruskan la..pedulik cakap org lain...dah penat...benti la diorg bercakap.

MaRi MenAbuNG

Hari ni abah tak kerja. Pas makan tengah hari tadi kami ke Tabung Haji nak buka akaun utk Dalila. Duit raya dia tahun ni + duit org bagi masa kenduri akikah dia ada sedikit. Baik simpan kat bank kan...tadi ibu masukkan duit tu sikit kat Tabung Haji. Untuk pengetahuan semua, nak buka akaun anak kena bawa sijil lahir bersama dan kalau deposit RM50 kita akan dapat 'tabung'nya sekali.
Bulan lepas ibu dah buka akaun Nuri kat Bank Rakyat. Ibu dulu-dulu dok simpan wang kat tabung Nuri je. Best...tiap2 kali pergi simpan..mesti dapat hadiah. Dalila ari tu kena deposit RM150 baru dapat 'tabung'nya. Tak perlu bawa sijil lahir, cukup dengan MY KID saja. Yang bezanya tabung sekarang ni boleh buka kat rumah, kalo masa ibu dulu, buka kat bank jer.


Baki duit yang ada lagi ni mgkin ibu nak buka akaun lagi satu, tapi tak fikir lagi nak buka bank mana.



Ini lah tabung Dalila ada sekarang :)

BabyIbu Giveaway:Win Gin & Jacqie Baby Bag!

Ibu adalah salah seorang peminat blog BabyIbu. Ibu jumpa blog ni sebelum ibu ada blog sendiri lagi (blog ibuarifa). Banyak infomasi dan cerita-cerita keibubapaan yang dikongsikan disini. Melalui blog BabyIbu ni mendapat tahu tentang contest BabyIbu Giveaway:Win Gin & Jacqie Baby Bag! tajaan Gin & Jacqie.




Selalu ibu tengok dalam majalah saja bag Gin & Jacqie ni, tapi sebab boleh dapat secara percuma melalui contest ni. Ibu pun nak cuba lah, kalau dapat, alhamdulillah ~rezeki :)
Dari apa yang ibu tahu Gin & Jacqie ini adalah hasil usaha seorang wanita Jacqueline Ng, seorang usahawan wanita Malaysia yang kini telah berjaya menempah nama setanding dengan jenama-jenama antarabangsa. Tahniah diucapkan pada Jacqueline :)

Ibu juga suka pada motto Gin & Jacqie ni "more than just a bags", mereka menawarkan pelbagai jenis rekaan termasuk laa beg utk Laptop, travel, photo bag dan banyak lagi. Pada pendapat ibu, bag bukan lagi menjadi suatu aksesori, ia melebihi kepada suatu keperluan bagi seorang wanita lebih-lebih lagi wanita berkeluarga dan berkerjaya. Kemana saja pergi kita perlu membawa paling pun kurang dompet duit dan handfon atau pun kunci kereta (sendiri /suami) dan juga kunci rumah.

Bagi si ibu pula mana perlu memikirkan utk bawa 1-2 lampin pakai buang lagi, baju baby, dan juga tisu atau tuala kecil untuk mengelap air liur mahupun kekotoran pada baby. Jadi ibu pasa rekaan dari butik Gin & Jac ni paling sesuai untuk ibu dan lebih praktikal dan tahan lasak.

Dalam ketiga-tiga bag yang cantik tu, ibu berkenan sangat dengan bag Stylish Elaine Baby Bag kerana:
  • mempunyai banyak compartment: jadi boleh bawa banyak barang (sama ada barang ibu atau barang baby) dengan keadaan barang yang lebih teratur dan mudah dicapai/cari.
  • cantik + stylish + material tahan lasak. Senang ibu nak bawa kemana-mana. Sure orang tanya beli kat mana ni. Tak perlu beli bag baru selalu sebab bag Gin & Jac ni tahan lasak.
  • menggantikan bag ibu yang abah hadiahkan sebagai hantaran perkahwinan 2 tahun dulu. Banyak kenangan bag ni, jadi ibu takut ianya rosak pulak dah 2 tahun guna.
  • Tak perlu lagi ibu bawa 2 bag (1 bag ibu dan 1 bag baby) bila tiap2 kali keluar rumah. Ianya lebih mudah dengan adanya Stylish Elaine Baby Bag.

Akhir sekali terima kasih ibu ucapkan kepada Babyibu kerana mengadakan contest yang menarik ni, dan juga terima kasih kepada Gin &Jac kerana menaja hadiah2 contest ni. Selamat ulangtahun BabyIbu...

RisAU BilA dALilah KeNa INjeCTioN

Anak ibu 25hb Feb ni dah masuk 5 bulan. Ada injection lagi bila usia 5 bulan. Ibu risau sbb tiap2 kali injection (masa usia 2 bulan dan 3 bulan) Dalila demam. Menangis kuat dan lama jgk menagis tu. bila nak kasi susu dia senyap sekejap je, hisap sikit je pastu menangis lagi.
Masa usia 2 bulan aritu, pas kena inject, balik rumah terus bagi ubat, dia tidur sampai 1.30ptg, pastu bangun terus menangis sampai 4 ptg. Abah kerja. Dah diam tu baru dia mahu minum susu. Ibu still bagi ubat ikut jam lagi. Dia susah nak telan ubat tu, dia kemam lama2, pastu luah, kadang2 kena picit kedua2 pipi dia baru nak telan (kire dasyat nyer cara paksa ni), sampai jam 8 pagi rasa dia dah sembuh dah sebab tak panas dah. Pastu baru ibu berkemas nak ke kenduri keluarga angkat kat Setiawan tu.
Masa injection utk 3 bulan pula, pada 24hb Dis, bersamaan anniversary perkahwinan ke-2 ibu dan abah. Dia deman lagi, still susah lagi nak bagi dia telan ubat tu. Tgh malam suhu panas sangat2, (pas dah buat semua jelum2 kepala+lap badan ketiak dan tampal pelekat kat kepala tu..) ibu ajak abah bawa Dalila ke klinik. Tapi esok Krismas ada ker klinik yang buka tgh2 malam ni. Meronda juga cari klinik mlm tu. Mujur ada. Esok ptg baru baik demam dia ni. Ibu rasa kalau dia mau telan ubat, mungkin dia tak demam. Aduhai anak ibu.....

Dalila @ buLanAN





Kena ruam pulak

Alkisahnya bermula bulan lepas...lebih kurang 26hb Januari. Lepas mandi ibu selalu lapkan badan Dalila, pelipat-pelipat Dalila, kat peha, tangan dan leher. Dah kering semua, ibu letak bedak berubat Pureen. Tapi pagi tu ibu tengok ada bintik-bintik warna merah kat pelipat leher Dalila yang paling dalam+paling sukar nak lap. Alamak...ada ruam kat leher dia. Dalila selalunya meragam kalau ibu..dok telek-telek leher dia lama-lama..nangis la dia pastu. Dia tak selesa agaknya ibu dok angkat dagu dia ke atas.

Abah balik kerja, ibu pun bagi tau kat abah pasal ruam tu. Abah kata ..letak bedak Pureen tu lagi. Untill 1 week ruam tu tak hilang-hilang.. ibu ajak abah ke klinik, ambik ubat ruam untuk Dalila. Abah cakap kawan opis dia kata jumpa dgn Dr. perempuan melayu kat Hospital Pantai. Ibu ikut saja..lagi pun hospital tu betul2 depan rumah ibu. Abah risau kalau Dr lelaki yang periksa Dalila...risau Dr buat kasar-kasar kat anak ibu ni.

Dr tu cakap ini ruam biasa saja..tak perku bimbang apa2. Dia bagi ubat sabun dan krim. Dr pesan bagi ubat tu betul-betul kering. Jadi Dalila kena dibiarkan menelentang dengan meletakkan bantal dibawah bahunya. Sian anak ibu..kat situ time Dr wat demo pun dia dok bising-bising dah..tak suka terdongak macam tu mungkin..

Tapi alhamdulillah...2 hari guna jer ubat tu..ruam pun dah hilang. Tapi korang tak nak tanya ker...berapa ibu kena bayar hari tu?...hu..hu..RM 101.35 sen. Nasib baik abah boleh claim kat company abah..itu la first time ibu masuk Hospital Pantai.

KeINdahAn tanGan IBU

Cerita ini ibu dapat melalui email...saja ibu nak upload kat blog ibu...buat pengajaran....

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya.
Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari.
Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya.
Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.
Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahawa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mother

" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA ".

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu. Dan lakukanlah yang terbaik untuknya...........

edit gambar kawen org

Gambar perkahwinan anak keluarga angkat ibu di Setiawan. Ibu pergi dengan abah dan arifa dalila yang masa tu baru lepas kena injection untuk umur 2 bulan. Kejap dia macam demam, kejap dia ok, kejap dia demam balik. Kesian dia kena inject..

Gambar 2 keping ni tengah hari tadi ibu edit. Lepas Dalila mandi, makan dan tidur. Sambil edit sambil buai Dalila. Baru belajar nak edit gambar. Dah jadi hobi baru ibu pulak...dok mula belajar main photoshop2 ni....huhuhu...



Tempe OH Tempe

Alkisahnya di sebuah desa di Jawa Tengah, ade sorang ibu yg kerjanya menjual tempe di pasar setiap hari. Pekerjaannya menjual tempe ini adalah merupakan satu2 nya sumber pendapatannya utk menyara hidup. Pada satu pagi, macam biasa, dia tgh bersiap2 nak pegi jual tempe. Tapi tetiba dia tersedar yg tempenya yg dibuat drpd kacang kedele (menurut bahasa Indonesia) hari tu masih belum menjadi iaitu baru separuh jadi. Dia pun berasa amatlah sedih sebab tempe yg masih belum menjadi pastinya tak laku dan ini bermaksud dia takkan dpt wang utk hari tu.

Tengah dia bersedih tu, tetiba dia teringat akan firman Tuhan yg menyatakan Tuhan dpt melakukan perkara2 ajaib kerana tiada yg mustahil bg Tuhan. Lalu dia pun mengangkat kedua tgnnya sambil berdoa "Ya Tuhan, aku mohon kepadaMu agar kedele ini menjadi tempe. Amin?." Begitulah doa singkatnya yg dipanjatkan dgn sepenuh hatinya. Dia sangat yakin yg Tuhan pasti mengabulkan doanya. Lalu dgn tenang dia pun menekan2 bungkusan bakal tempe tuh dgn hujung jarinya dan dia pun bukak sikit bungkusan tu utk menyaksikan keajaiban kedele itu menjadi tempe. Tapi dia kaget seketika sebab kedele tu masih tetap kedele. Namun dia tak kecewa, sebaliknya dia fikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yg mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dpt menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadilah ini tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun skali lagi bukak sikit bungkusan tu.Lalu apa yang terjadi????????...Dengan kaget dia melihat yg kacang kedele tersebut??????....masih tetap begitu !!!!!!!

Sementara tu hari pun semakin siang dan tentunya pasar dah semakin ramai org. Si ibu ni tetap tak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Bagaimanapun kerana keyakinannya yg sgt tinggi dia bercadang utk tetap>pegi ke pasar membawa barang dagangannya tu. Dia berpikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi masa perjalanannya ke pasar. Lalu dia pun bersiap2 untuk berangkat ke pasar. Semua keperluannya untuk menjual tempe macam biasanya dah disiapkan. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah ini tempe. Amin". Lalu dia pun berangkat.

Di sepanjang perjalanan dia tetap tak lupa baca doa dalam hati. Tak lama lepas tu dia pun sampailah di pasar. Dan macam biasanya dia pun ambik tempat untuk meletakkan barang dagangannya. Dia betul2 yakin yg tempenya sekarang mesti dah menjadi. Lalu dgn hati yg berdebar-debar dia pun bukak bakulnya dan menekan2 dgn jarinya setiap bungkusan yg ada. Pelan2 dia bukak sikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Lalu apa yang terjadi saudara-saudari??....tenyata tempenya benar-benar?.... belum menjadi!!

Si Ibu ni pun terkesima seketika, dia tarik nafas dalam-dalam. Dia sudah mula kecewa pada Tuhan kerana doanya tak dikabulkan. Dia merasa Tuhan tak adil. Tuhan tak kesian padanya sedangkan dia hidup cuma dgn hasil jualan tempe je. Seterusnya, dia cuma duduk diam tanpa mempamerkan barang dagangannya sebab dia tau yg mana ada org nak beli tempe yg baru separuh jadi tuh. Sementara tuh hari pun semakin petang dan pasar dah mulai sepi dengan pembeli. Dia tengok member2 yg sesama penjual tempe, tempe mereka dah hampir habis nak dijual. Dia tertunduk lesu seperti tak sanggup menghadapi kenyataan hidupnya hari itu. Dia pun termenung dgn rasa yg teramat kecewa. Dia tau yg hari tu dia takkan dpt pendapatan langsung.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Bu...?!"Maaf ya bu, saya mau tanya. Apakah ibu ada menjual tempe yang belum jadi? Dari tadi saya sudah keliling pasar mencarinya tapi masih belum ketemu."Seketika si ibu tadi terkesima lagi. Dia kaget. Sebelum dia menjawab sapaan wanita kat depannya tu, dalam hati cepat2 dia berdoa "Ya Tuhan, saat ini aku tak mahu tempe lagi. Biarlah daganganku ini tetap seperti semula, Amin". Tapi lepas tuh, dia masih tak berani lagi nak jawab kat wanita tuh. Dia fikir ntah2 mase dia tgh duduk2 termenung tadi, tempenya dah menjadi. Jadi masa tuh dia dalam keadaan ragu2 lagi nak jawab. "Camane nih?" Dia pikir. "Kalo aku kata ya, jangan2 tempe ni dah jadi, sape tau mukjiz at Tuhan?" Lalu dia pun kembali berdoa dalam hatinya, "Ya, Tuhan, biarlah tempeku >ini tak usah jadi tempe lagi. Dah ada org yg nak beli. Ya Tuhan tolonglah aku kali ini.Dengarlah doaku ini?" ucapnya berkali-kali. Sebelum dia menjawab wanita itu, dia pun bukak sikit daun penutupnya. Lalu apa yang dilihatnya saudara-saudari ??... Ternyata memang benar tempenya ???... belum jadi!!!! Dia pun bersorak riang gumbira dalam hatinya. "Alhamdulillah", ucapnya. Dipendekkan cite, wanita tu pun memborong habis semua tempenya yg belum menjadi tuh. Sebelum wanita tu pergi, si ibu nih sempat jugak tanya wanita tuh kenapa nak beli tempe yg belum jadi. Rupa2nya, wanita tuh kata yg anaknya di England kepingin tempe dari desa. Memandangkan tempenya tuh nak dikirimkan ke England, dia kenalah beli yg belum jadi lagi supaya bil a sampai di England nanti dah menjadi. Kalau kirim tempe yg dah jadi, nanti di sana tempe tuh dah tak elok lagi dan rasanya pun dah kurang sedap. Begitulah alkisahnyee TAMAT

Moral of the story?.

1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yg terbaik utk kita.

2. Sentiasalah berdoa dlm menjalani kehidupan seharian kita sbg hambaNya yg lemah. Dan jgn sekali-kali berputus asa terhadap apa yg dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yg mungkin di luar jangkaan kita. Hanya kpdNya lah kita memohon & bertawakkal?

PeRkEnaLkAN ArIfa DaLILah


Ini anak ibu..Arifa Dalilah Mohd Fadli..

Dia suka nyanyi2 (dlm bahasa dialah) bila kita nyanyi2 dengan dia...selalunya ibu zikir2 saja dgn dia..dia pun senyum ...dan terikut2 bunyi sama. Tengok tv pun suka, tengok kipas pun lagi suka...

Dilahirkan 23 sept 2008 bersamaan 23 Ramadan 1429H di Pearl Maternity Hospital di Sg. Ara, Pulau Pinang

Masa umur 1 bulan lebih, dia suka tergelak terkekek-kekek.. bila tengok patung Patrick (kawan Spongebox tu). Patung tu hadiah dari kawan abah untuk Dalila, tapi ibu simpan kat bilik komputer sebab Dalila baby lagi. Datang sepupu dia-Fatin-anak kak long..di bawa nya patung tu keluar. Bermula hari tu lah tiap2 kali Dalila terpandang Patrick..dia mesti ketawa. Kadang2 kalo ibu nak buat kerja..ibu tinggal kan dia dengan Patrick saja la. Ibu tak kasi Dalila pegang patung tu...takut habuk..dia boleh tengok saja...sian dia kan. Nasib la time pergi kenduri mak angkat kat Setiawan tu abah tak kasi bawak Patrick sama.


anakku dah 4 bln

Anak ibu hari ni dah berumur 4 bulan 1 minngu 6 hari.. makin hari makin ligat dia..makin banyak dia belajar..makin pandai dia buat aksi-aksi meniarap...puas sangat tengok dia tersenyum gembira apabila tiap-tiap kali dia berjaya pusingkan badan untuk meniarap.

Sedang ibu asyik meng'eksplo' blog ni (almaklumlah, first time+firstday buat blog)..ibu menjenguk kejap dalila kat katil...dia dah membuka lampin pakai buang dia tu, mengiringkan badan sebelah kanan lalu terbuang air kecil kat atas katil. Tu la... bangun tadi pagi..lepas tukar lampin pakai buang yg malam tadi punya...saja ibu tak pakaikan seluar...sebab jap lagi nak mandi. tup..tup..jadi mcm ni la...kena tukar cadar..hehehe...sayanggg anak ibu ni...

  • Selain meniarap, dia juga pandai pusing-pusing dan golek-golek atas tilam. Kadang2 kalo dia terjaga tidur dan kalo tak menangis, risau jer dia tendang2 bantal hadang kat katil tu.

  • Nenek dia dah dok susuh abah beli walker dah. Sebab Dalila berdiri dah kejap/stabil, tapi ibu tak berapa suka walker, sebab risau dia terjatuh dengan walker2 tu sekali.

  • Rasa Dalila dah nak mula tumbuh gigi kot, air liur banyak terkeluar. Mulut dok gatal nak gigit2, semua benda nak masuk mulut. Kalo ibu dukung dia pun, tudung ibu dia masuk mulut.